Search This Blog

Twitter Update


Latest Video


















Tabah Meredah Sengsara

"Abah! Abah! Tengok ni Kaka dapat 100!" Kelihatan kelibat seorang budak yang mempunyai warna kulit sawo matang, rambut disikat tepi serta berpakaian sekolah serba lengkap, kemas dan bersih berlari ke arah seorang lelaki yang usia nya tidak dapat diteka melalui fizikalnya. Belum sempat lelaki itu membuka mulut seperti ingin mengatakan sesuatu, budak itu terlebih dahulu menghulurkan satu buku berwarna merah di tangannya. Sambil membelek, mengalir air mata lelaki itu. "Ya Allah,  anak Abah baru darjah dua dah boleh dapat markah tertinggi dalam semua subjek. Luah lelaki itu. "Abah, cikgu suruh Abah tanda tangan buku rekod ni sebab cikgu nak tengok besok lepas tu abah kena datang sekolah pagi-pagi tau, cikgu nak jumpa abah. Kenapa cikgu nak jumpa Abah eh? Kaka ada buat salah ke abah? takut la.." Ngomel budak itu sambil menundukkan kepala dan menunjukkan riak muka gelisah. Abah memegang kepala anaknya, ketinggian anaknya lebih kurang dengan ketinggian Abahnya. "Jangan risau, Abah kan ada." Katanya sambil melemparkan senyuman walaupun hati di landa kegusaran. Tidak mahu dilihat anaknya kesusahan yang di alami. Dia memendam rasa..

Sudah tepat pukul 6 petang, pada kebiasaannya Abah akan tutup gerai pada waktu ini. Tapi tak kelihatan pun abah mengemas barang barangnya. Rasa pelik timbul di hati Kaka. Tapi Kaka cuma mendiamkan diri. Tiba-tiba..
"Encik Rashid!" Jerkah seorang lelaki berusia yang memakai baju uniform sambil menepuk meja plastik di gerai Abah. "Berapa kali saya nak cakap? Jangan berniaga dekat sini. Ini kan flat, encik berniaga di depan lif pulak tu. Penduduk flat ni nak keluar masuk. Encik tak fikir ke time ramai orang nanti? Saya memang kesiankan Encik Rashid tapi kali ni dah termasuk tiga empat kali saya tegur. Jangan sampai saya sita barang barang Encik Rashid ni. Saya tak peduli sama ada Encik Rashid OKU atau tidak. Saya terpaksa menjalankan tugas saya, ini memang kerja DBKL. Maafkan saya." Kata Lelaki itu dengan nada yang sudah makin perlahan. Abah terdiam tanpa kata-kata. Muka Abah jelas kelihatan seperti orang pasrah, letih dengan ujian menimpa. Makin hari makin di uji. Kelebihannya dia tidak pernah mengeluh.
"Baiklah, saya akur dengan keputusan orang DBKL." Kata Abah kepada lelaki itu. Abah mengemas gerai nya dengan segera. Satu persatu dimasukkan ke dalam lif sambil dibantu oleh Kaka. Rumah Abah di tingkat enam belas jadi barang barang mesti di masukkan sekaligus. Tak perlu bersusah payah naik turun lif. Tibanya di tingkat enam belas. Abah dan Kaka mengeluarkan semua barang untuk di simpan di rumah mereka. Abah bersuara " Kaka malam ni kita tak tidur rumah Umi tau, kita tidur rumah baru. Jom ikut abah pergi ambil baju baju kita." Ujar Abah. Setelah tiba di rumah Umi. Pintu rumah tidak perlu di ketuk. Tidak perlu beri salam. Pakaian telah disediakan di depan pagar. Boleh terus ambil dan beredar. Abah menunjukkan tanda isyarat jari di mulut mengisyaratkan supaya Kaka diam dan tidak panggil Umi nya. Kaka sudah tahu apa yang terjadi. Dia pun menuruti Abahnya.

Muka anak beranak itu kelihatan lesu. Lesu dengan kesengsaraan. Tidak boleh diucapkan dengan kata-kata. Hanya mereka berdua saja yang merasai kesengsaraan itu. Kesengsaraan yang mungkin digantikan dengan ketabahan. Ketabahan dalam kesengsaraan. Lalu mereka pun singgah di rumah baru mereka. Rumah yang gelap gelita. Tidak mempunyai lektrik mahupun sumber air. Rumah kosong yang sudah lama terbiar. Duduklah anak beranak itu disitu. Sampai bila? Sampai bila kesudahannya?

Sambung...

No comments:

Post a Comment